Jumaat, 31 Julai 2009

Sekolah Kami

UJIAN BULANAN B. MELAYU TAHUN 4

PEMAHAMAN ( 50 minit)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B, dan C atau empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 17
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Razlan adik saya. _______belajar di Tahun Enam Jasa.
A Dia C Mereka
B Beliau

2. Kelas tambahan itu diadakan bagi mengatasi masalah ________ pelajar dalam pelajaran.
A kepupusan C kehilangan
B keciciran D kematian

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3. Pihak bomba bertungkus-lumus _______ kebakaran hutan itu.
A melenyapkan C memusnahkan
B memadamkan D menghapuskan

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

4. Shukri dan rakan-rakannya ________sampan untuk ke Pulau Tiga.
A mendayung
B dayungan
C pendayung
5. Kawasan perumahan yang baru dibangunkan itu dijangka dapat _______ sebanyak sepuluh ribu orang penduduk.
A penempatan
B bertempat
C tempatan
D menempatkan

6. _________ undang-undang adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah.
A Terlaksana
B Pelaksanaan
C Dilaksanakan

7. Sudah _________ hari ayam betina itu mengeramkan telurnya.
A beberapa C sekalian
B sesekali D sesuatu

8. Jalilah tidak mengungkapkan se________ kata pun ketika ditanya tentang tragedi ngeri yang menimpanya itu.
A biji C rangkap
B untai D patah

9. Aini didenda kerana lambat memulangkan se________novel yang dipinjamnya di perpustakaan tempoh hari.
A biji C buah
B bentuk

Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

10. __________ kerbau sedang bergelumang di dalam lumpur di hujung kampung.
A Sepasukan
B Sekawan
C Segerombolan
D Segugus

11. Para peminat ________ untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak itu.
A bergerak-gerak
B berganti-ganti
C berasak-asak
Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

12. Sekumpulan pengakap mencari tapak perkhemahan mereka dengan _______ peta.
A berpandukan
B berkisarkan
C berdasarkan
D berbekalkan

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

13. Syazwan dan Ranjit menolong orang tua itu _________ melihat ia terjatuh.
A apabila
B sambil
C tetapi
D sehingga

14. Saya percaya _______ Ramu seorang yang jujur.
A kerana
B tetapi
C bahawa

15. “ _______ kamu cepat sembuh, Alice,” kata Hanim.
A Kalau-kalau
B Moga-moga
C Rupa-rupanya

Soalan 16 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

16. Orang buta itu sedang menganyam se_______ bakul rotan.
A ketul C buah
B bidang D gugus

17. Cita-cita kakak untuk ke __________ dan memiliki segulung ijazah akhirnya tercapai jua.
A pencakar langit
B bawah angin
C atas angin
D menara gading

Soalan 18 dan Soalan 19
Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.

18. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan kerjasama demi kejayaan majlis ini.
A kesempatan…memberikan
B ruang…mengajukan
C masa…menghidangkan

19. Datuk telah mewasiatkan sebidang tanah untuk diwakafkan.
A menasihatkan
B mengamanatkan
C meninggalkan
D meletakkan

Soalan 20
Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris.

20. Kuan Yu rendah orangnya, tetapi dia amat pandai bergaya.
A tinggi
B pendek
C panjang
D lonjong
Soalan 21
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan di bawah ini.

21. Pak Hamid sangat rajin bekerja demi menyara keluarganya.
A bagai gagak pulang ke benua
B bagai abu di atas tunggul
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai lebah menghimpun madu

Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22. Ubat itu dikatakan dapat melegakan sakit kepala.
A Bilakah ubat itu mula digunakan?
B Bagaimanakah caranya untuk melegakan sakit kepala?
C Apakah kegunaan ubat itu?
D Siapakah yang dapat melegakan sakit kepala?

23. Awanis bekerja sebagai jururawat.
A Di manakah Awanis bekerja?
B Siapakah Awanis?
C Apakah pekerjaan Awanis?
D Bagaimanakah pekerjaan Awanis?

Soalan 24 hingga Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

24. Murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah yang kotor.
A Murid-murid sekolah yang kotor bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
B Kawasan persekitaran sekolah yang kotor dibersihkan oleh murid-murid secara gotong-royong.
C Murid-murid yang bersih bergotong-royong di persekitaran sekolah yang kotor.
D Kawasan persekitaran sekolah dibersihkan secara bergotong-royong oleh murid-murid yang kotor.

25. Ibu menyuruh Gan Leng membeli sekilo gula di Kedai Chong.
A Ibu menyuruh Gan Leng membelikan sekilo gula untuk Kedai Chong.
B Kedai Chong menjual sekilo gula yang ingin dibeli oleh ibu Gan Leng.
C Gan Leng disuruh oleh ibunya membeli sekilo gula di Kedai Chong.

26. Buku Ainal yang dikoyakkan oleh adik telah saya tampal semula.
A Adik Ainallah yang menampal buku saya yang koyak itu semula.
B Buku saya yang dikoyakkan itu telah ditampal oleh adik Ainal.
C Saya telah menampal buku Ainal yang telah dikoyakkan oleh adik.
D Ainal telah menampal semula buku yang dikoyakkan oleh adik saya.

Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

27. I Kok Meng tidak jadi mengikut saya ke kedai buku petang nanti.
II Hadiah hari jadi daripada datuk ini amat bermakna buat saya.
III “Jadi, keputusan kamu ini sudah muktamad?” tanya ayah kepada abang.
IV Penambahan itu jadi rumahnya lebih besar sekali ganda.
A I dan II saja
B III dan IV saja
C I, II, dan III saja
D I, II, III, dan IV

Soalan 28 dan Soalan 29
Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

28. A Kepada manakah patut saya serahkan surat ini?
B Silalah sakiti hati ibu bapa kamu.
C Ini bukan beg sekolah saya.

29. A Cis, cantiknya baju yang kamu pakai hari ini!
B Harap anda faham akan masalah yang sedang kami hadapi.
C Yang berbaju merah itu, tidak sepupu saya.

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30. I Masa kami sampai di rumahnya, dia sedang tidur.
II Sikapnya yang peramah itu disenangi oleh rakan-rakannya.
III Pengalaman ini tidak akan saya lupakan hingga akhir hayat saya.
IV Selama ini, aku tidak tahu yang dia anak yatim piatu.
A I dan IV saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D I, II, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
H17-402, Pangsapuri Melati,
53300 Kuala Lumpur.

30 Jun 2007.

Menemui saudaraku Iman Saufi di Kampung Gajah, Perak, semoga sihat
sejahtera.

Saudara,
Ke manakah saudara pada cuti sekolah yang lalu? Saya berpeluang mengikuti
program “Bersama Keluarga Pak Tani” di Kampung Banggul, Kedah Darul Aman. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Tujuannya ialah untuk memberi kami pendedahan tentang cara hidup masyarakat petani. Ketika mula-mula menjejakkan kaki di kampung ini, saya dan para peserta lain terpegun oleh keindahan sawah yang terbentang luas. Pemandangan sawah yang luas saujana mata memandang benar-benar menyejukkan mata kami.
Sepanjang program ini, kami tinggal dengan keluarga angkat masing-masing.
Bagi kebanyakan penduduk kampung ini, bersawah menjadi sumber rezeki mereka yang utama. Namun begitu, mereka turut membuat ikan pekasam untuk menambahkan pendapatan.
Semasa di sini, saya berpeluang mengikut bapa angkat saya ke sawah dan
melihat cara mereka membajak serta menanam padi. Pengalaman tersebut sungguh menyeronokkan.
Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh daripada
program tersebut berharga sekali. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya.
Tampaknya, hanya setakat ini yang dapat saya tulis untuk saudara. Akhir kata,
sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara seisi keluarga.

Yang benar,
Ahmad Nabil

H17-402, Pangsapuri Melati,
53300 Kuala Lumpur.

30 Jun 2007.

Menemui saudaraku Iman Saufi di Kampung Gajah, Perak, semoga sihat
sejahtera.

Saudara,
Ke manakah saudara pada cuti sekolah yang lalu? Saya berpeluang mengikuti
program “Bersama Keluarga Pak Tani” di Kampung Banggul, Kedah Darul Aman. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Tujuannya ialah untuk memberi kami pendedahan tentang cara hidup masyarakat petani. Ketika mula-mula menjejakkan kaki di kampung ini, saya dan para peserta lain terpegun oleh keindahan sawah yang terbentang luas. Pemandangan sawah yang luas saujana mata memandang benar-benar menyejukkan mata kami.
Sepanjang program ini, kami tinggal dengan keluarga angkat masing-masing.
Bagi kebanyakan penduduk kampung ini, bersawah menjadi sumber rezeki mereka yang utama. Namun begitu, mereka turut membuat ikan pekasam untuk menambahkan pendapatan.
Semasa di sini, saya berpeluang mengikut bapa angkat saya ke sawah dan
melihat cara mereka membajak serta menanam padi. Pengalaman tersebut sungguh menyeronokkan.
Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh daripada

31. Rangkaian kata menyejukkan mata bermaksud...
A memperoleh kegembiraan.
B merasakan suasana yang dingin.
C mewujudkan kesejahteraan dalam diri.
D memberikan ketenangan.

32. Siapakah yang menganjurkan program “Bersama Keluarga Pak Tani”?
A penghulu Kampung Banggul, Kedah
B Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
C Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
D Kementerian Pelajaran

33. Yang manakah antara yang berikut bukan faedah program tersebut?
A dapat meluaskan pengetahuan tentang cara penanaman padi
B dapat berkenalan dengan siswa-siswi serta keluarga para petani
C dapat menabur jasa kepada para petani
D murid dapat menghargai jasa para petani

34. Penyataan yang berikut benar tentang surat tadi, kecuali...
A Nabil menulis surat ini kepada saudaranya.
B membuat ikan pekasam merupakan kerja sampingan para petani.
C Nabil terpegun melihat keindahan Kampung Banggul.
D Iman Saufi berpeluang mengikut bapa angkatnya bersawah.

35. Pada pendapat anda, mengapakah petani menjalankan perusahaan ikan pekasam?
A kerana mudah mendapat bekalan ikan
B kerana para petani suka akan ikan pekasam
C kerana ikan pekasam merupakan makanan utama para petani
D kerana membuat ikan pekasam amat mudah

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini Azrul bagai dipaksa-paksa ke sekolah. Tetapi dia tiada pilihan lain. Lagipun selama ini dia tidak pernah ponteng sekolah. Namun, teringat akan Helmi, hatinya terasa tawar. Berat hatinya untuk bertemu muka dengan Helmi. Pada mulanya memang dia berniat untuk ponteng dari sekolah tetapi teringat pula dia akan pesan ibu.
“Azrul, jangan membiasakan diri berbuat begitu. Pergilah saja. Beritahu cikgu, Azrul orang susah. Tentu cikgu tidak marah,” kata ibu.
“Itu pendapat ibu, tetapi belum tentu Helmi memahaminya,” balas Azrul.
Lamunan Azrul terhenti. Dia sudah sampai di sekolah. Dia masuk ke kelas dan terus duduk di tempat duduknya. Kala itu Helmi pun datang menghampirinya.
“Kamu ada wang?” tanya Helmi kepada Azrul.
Azrul terperanjat. “Tidak ada wang,” jawab Azrul.
“Kamu kedekut. Dua ringgit saja, bayarlah,” Helmi mendesak lagi.
Pelajar-pelajar lain memandang ke arah Azrul dan Helmi. Ada yang mencebikkan bibir. Ada yang bersimpati dengan Azrul. Namun, masing-masing tidak berani campur tangan.
Azrul berasa amat malu. Hatinya tersinggung. Dadanya sebak. Tanpa berfikir panjang Azrul meluru keluar.
Cikgu Rosmah masuk ke kelas lantas bertanya “Apa yang berlaku? Azrul ke
mana?”
Helmi bangun. Dia kelihatan serba salah. Dalam keadaan terpaksa, dia pun menjelaskan hal yang sebenarnya.
“Helmi, kamu dilantik sebagai ketua oleh rakan-rakan sekelas. Kamu harus menjaga hati mereka. Kamu tidak boleh berlaku kasar. Nanti mereka akan membenci kamu dan tidak akan bekerjasama dengan kamu,” kata Cikgu Rosmah.
“Lagipun, tujuan kita mengadakan perayaan Hari Guru bukanlah kerana cikgu ingin akan hadiah. Setiap guru akan berasa bangga kalau murid-muridnya berjaya dalam pelajaran dan menghormati guru,” kata Cikgu Rosmah lagi
Selepas waktu rehat hari itu, Helmi mendekati Azrul. Helmi menghulurkan tangannya. Mereka berjabat salam. Namun, hati Azrul tertanya-tanya kerana hairan dengan tindakan Helmi itu.

36. Mengapakah Azrul tidak mahu ke sekolah?
A kerana dia tidak mahu bersemuka dengan Helmi
B kerana dia terpaksa meminta wang daripada murid-murid
C kerana dia berasa malu atas kesalahannya
D kerana dia berasa malas

37. Apakah pesan ibu kepada Azrul?
A jangan suka bergaduh
B jangan suka meniru
C jangan ponteng sekolah
D jangan bersikap kasar

38. Mengapakah murid-murid mengumpulkan duit?
A untuk membantu orang-orang susah
B untuk membeli hadiah untuk Cikgu Rosmah
C untuk mengisi tabung kelas
D untuk mengutip derma

39. Penyataan yang berikut benar tentang cerita tadi, kecuali…
A Azrul tidak pernah ponteng sekolah.
B Helmi adalah ketua kelas yang bersopan-santun.
C Azrul dan keluarganya hidup susah dan miskin
D Cikgu Rosmah telah menasihati Helmi.

40. Pada pendapat anda, bagaimanakah cerita ini berakhir?
A Helmi dan Azrul dibawa berjumpa dengan Guru Besar.
B Azrul berhenti sekolah kerana ibunya tidak mampu membayar yuran.
C Cikgu Rosmah membantu Azrul dengan menanggung belanja
persekolahannya.
D Helmi insaf dan Azrul memaafkan kesalahan Helmi lalu mereka berkawan
baik.

PENULISAN

Bahagian A : Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

1.______________________________________________________________________________________________________________________________________________2.______________________________________________________________________________________________________________________________________________3.______________________________________________________________________________________________________________________________________________4.______________________________________________________________________________________________________________________________________________5.______________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Bahagian B: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Kelas tambahan banyak faedahnya kepada murid-murid.
Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

2 Andaikan bahawa anda Setiusaha Persatuan Kajian Tempatan di sekolah anda. Persatuan anda ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan tersebut.

3 Kamu sedang membeli-belah bersama keluarga kamu. Tiba-tiba kamu terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Perihalkan tindakan kamu selepas itu.

Soalan :_______

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bahagian C : Membina Ulasan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada dialog di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Puan Ainon menyuruh Aminah pergi ke kedai Pak Mat untuk membeli tepung gandum. Tanpa sebarang bantahan, Aminah segera pergi ke kedai Pak Mat dengan menunggang basikalnya. Dia menunggang basikal dengan berhati-hati kerana jalan ke kedai itu kurang baik. Lagipun ramai anak muda di kampung itu menunggang motosikal dengan laju. Setibanya di kedai, dia membeli tepung yang dikehendaki ibunya.

Setelah selesai membeli barang, Aminah terus balik tanpa singgah di mana-mana. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia menyerahkan tepung dan wang baki itu kepada ibunya. Puan Ainon memuji Aminah kerana pulang dengan cepat bersama-sama barang yang dipesan. Puan Ainon memulangkan wang baki itu kepada Aminah. Aminah mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu di dalam tabung. Aminah tersenyum keriangan kerana kandungan tabung bertambah dari semasa ke semasa.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kelab Komputer 2009

Anda sekarang berada di perkampungan kelab komputer SKTK. Nikmatilah ke